Berlabuhnya Sebuah Sela & Anjal Masa Kehidupanku Ini...
Berlabuhnya Sebuah Sela & Anjal Masa Kehidupanku Ini...
Salam buat warqah bisu...
Barangkali terbit & hadirnya sebuah rasa yang amat membuak-buak bagaikan seorang manusia yang lemas di lautan air & api – hendak berenang sudah tidak terdaya, hendak bernafas sudah lelah...
Begitulah perumpamaan hidup aku kini... Kenapa & mengapa begini? Secara realitinya aku seperti puisi ini... Karangan saudaraku ITO Lara... Rasa amat kena pada diri aku dewasa kini... seqadar cukuplah menelefon beliau dan mendenar suara beliau & abg ITO pun tahu walaupun hanya 10 saat bercakap, dia tahu bahasa & intonasi suara aku yg ‘lemas’... SUTERA KASIH...
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Tika gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
...................................................................................
Kian lama terpenjara
Aku sudah lama terpenjara di dalam kerja di GLSB ini... dah hampir 2 tahun aku setiap malam & setiap hujung minggu balik malam & kerja bagaikan untuk company... bagaikan robot, mcm x ado life, MC pun kena dtg... mcm x ado family... kiranya x berpada-pada... x pernah berlaku pd mana2 company pun... Banyak benda dlm hidup aku x tercapai sbb kerja sini... no mercy lagi! Aku sudah lesu, letih & x bermaya... akal sudah block untuk hidup & kerja di sini... OT pun aku dah x leh nak buat sbb dah penat dah pikir... aku ingi keluar dr kepompong hidup durjana ini... lg pun aku x suka la kerja dgn mereka yg dah tua-tua bangka tp x solat... mereka scr x langsung ajar yg muda2 jd keparat duniawi! Sepatutnya koporat ukhrawi... Tp aku sayang mereka & aku kasihan mereka... dan bersolatlah sesama kita... maaf coz i’m very emosional about solat... panjang lagi tp cukuplah sekadar secebis peratusan drpd hati ini...
Mencari makna cinta
Alhamdulillah, barangkali doa rintihan cinta quddusku termakbul Ilahi... banyak kali aku cuba pd yg lain... tp ini, ia hanya datang sekelip mata sahaja... bagai ‘kunfayakuun’ - aku diketemukan dengan seorang wanita yg amat istimewa dalam memandu aku ke mercu gemilang percintaan yg hakiki... dia buat aku gembira, dia buat aku terus ingin hidup di dalam temasya kembara perjuangan ini untuk sebuah misi yg sudah lama tersemadi di jiwa ini... setinggi maha syukur kepada kepada Allah swt & terima kasih atas cinta ini wahai DIA...
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Ha tu mmg la... sjk kerja cini... sjk uiam & terlibat dlm PIN, mano2 nasyid company... (im not totaly nasheed but like M.Nasir & Ramli Sarip’s [or other releted same]’s idelogy) banyak lakonan & dusta-dusta hidup mbuatkan aku tabah dalam serik... kerja kat cini pun biasa la sama... (inilah hidup!) tp hidup perlu terus! Tp yg paling menyampah sekali org2 yg konon2nya nasyid tp tipu lebih teruk drpd yahudi... mereka itu hanya sebilangan shj... selagi ada sifat mereka, nasyid di Malaysia & Nusantara & amnya di dunia... terus x suci... sesungguhnya aku insan yg jujur & bimbinglah aku & janganlan pergunakanlah aku & mereka yg sudah deal (akad) untuk harta2 kalian yg x halal... yakni haram! Dan aku tidak sekali-kali halal apa yg kamu buat kepada aku...
Tika gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Kini, sejak bertemu dengan dia, aku banyak kembali kepada rutin2 harian aku seperti awal2 di uiam & masa skolah kat maher dulu... im back to read & understand al-qur’an al-kareem... itulah namanya gerbang rahmat terbuka... menjelma cinta suci... sehalus & selembut sutera kasih... terima kasih sayang... teringin ingin pergi ke Makkah & Madinah... bersamamu... Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya... terima kasih Allah atas kembali membukakan cahaya iman di hatiku... ehem! Org2 yg tertentu yg kerja cini ckp kita kerja cini nak cari rezeki utk anak2 & keluarga... tp kalo hati kalian x tenang... buat apo? Di dalam hati aku sering berkata & berbalas... boleh blah! Huargh huargh huargh!!! Aku tepuk dada ku tanya iman & seleraku... bukan tepuk dada tanya psyco2 mereka yg suruh aku kerja cini lg... hihihihihii... sorry la aku terus trang sket! Aku jer yg leh tahan hampir 2 thn... mereka yg lain ado 3 bln, 5,4, 6 bln... apa pun itu taqdir masing2... dan taqdir itu juga terletak kepada istikharah kita & akal & hati dlm jiwa utk beralih-arah mengikut acuan seni-seni di dlm diriku ini... bila menjelma cinta suci ini... & sehalus dan selembut sutera kasih... aku x fikir dunia yg aku hadapi ini semua bebanan... Ya Allah, kuatkan lah hati aku...
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Kian hari, kian aku insaf... semuanya ini ada kedamaian daripada Allah swt... kian hari, kian aku insaf... bahawa cinta yg kami miliki ini terbentang suci akan kebenarannya, tiada kepalsuan... kerna Allah swt sebaik2 Maha Mendengar & Maha Memperkenankan doa-doa kami di dlm setiap kali kami berdoa...
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi
Nak nagis la bait-bait puitis ini... x leh nak ungkap dlm bahasa la... Diribaan Allah adanya kebahagiaan... Tiada lagi rasa kesangsian di hati... Cinta Allah cinta Maha tulus, Maha suci, Maha murni... Kasih Allah abadi...
Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa
Bertaulah imanku pd Allah kembali, bercambahlah iman & cinta pd Allah kembali spt mana di zaman skolah maher ku... iman ini harum sgt dlm jiwa ku... rindu sgt pd rumah2 Allah, maghrib nak smaye masjid! (((Kalo kerja cini maghrib makan bersuka ia... gelak2... no no... aku nak jauhkan lah even pas tu balik opis smaye jgk! Maghrib tu penting beb! Subuh lg important! Semua waktu important!))) Nak gi Mekkah & Madinah ni!!! Murahkanleh rezeki hamba-Mu ini...
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan
Sutera kasih tu ikut pemahaman aku wahai abg ITO ku... hidayah la... hidayah keimanan ini membalut & mematri & menjahit jiwa2 seni ku yg sudah lama terkoyak & luka... ia amat menerangi & mengisi harapan di dlm jiwa ku... sesungguhnya aku bukan mengharapkan suatu harapan kaya raya tp x berkat & pening kepala... dan sesungguhnya aku hanyalah mengharapkan suatu sebuah pengharapan dlm membina cinta bersama-sama dia bersama rezeki yg melimpah-ruah bersama rahmat & keberkatan hidup disulami keriangan suka & duka my family & future family yg soleh & solehah... insyaAllah... ameen!
Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan
Aku pasrah dlm ketentuan Ilahi ini... pasrah sgt2 ya Allah swt... kan ku tempuhi cabaran hidup ini... dan terima kasih dia kerna hadir & “push” my life... i love u... me too!
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
Dlm nangis... aku masih mendamba sutera kasih (hidayah) agar terus diperkukuhkan & ditingkatkan keimanan cinta ini... Dlm usaha, doa & tawakkal... bersemilah selamaya jiwaku ini... Muhammad Busyairi bin Ahmad.
p/s: makin lama makin sikit penerangan kan... hhihhihii... aku cuba pisahkan bait2 puisi Sutera Kasih ini dengan nyanyian & music sbb kurang sempurna... x feel... aku hanya feel pd bait2 puitisnya puisi ini... aku adalah aku! But i respect those who sing & produce music lg ni... caya... tata... wassalam...
23:46 mlm | 30 Zulkaedah | 10 Disember 2007

Recent Comments